Tuesday, October 4, 2011

Nasi Kabsa

Nasi Kabsa


Add caption
My first atempt Nasi Kabsa..nasi dia harum dan sedap sekali...Family suka sangat2..Lagi2 anak2 sampai laju jek mkn..I get this recipe from here: resepiraidah...But here in Singapore mana nak cari rempah Kabsar..so terpaksalah buat sendiri rempah dia..so meh layan resepi ni k...

Rempah Kabsa:

Bahan - bahan:
1 sudu makan bunga cengkih **
1 sudu makan lada hitam **
1 sudu makan jintan manis **
1 sudu makan jintan putih **
2 sudu makan biji ketumbar **
1 sudu makan buah pelaga **
1 sudu buah pelaga hitam (black cardamom pods) **
1 sudu makan serbuk cili
1 sudu teh kunyit

Cara penyediaan:

1. Goreng tanpa minyak bahan2 yg bertanda ** sehingga naik bau dan angkat.
2. Kemudian kisar semua bahan sehingga hancur.
3. Simpan rempah yg telah dikisar didalam bekas yg kedap udara.

Jika tiada buah pelaga hitam, boleh gantikan dgn buah pelaga biasa. Serbuk rempah ini boleh juga digunakan pada semua masakan ala arab termasuklah ayam dan daging.


Nasi Kabsa Ayam/ Daging


Bahan-bahan:


1 ekor ayam (dibelah 2) @ 1 kg daging kambing + tulang
3 cwn beras bashmati ~ cuci dan rendam 30 minit, toskan
4 1/2 cawan air
2 sudu minyak masak
1 sudu minyak sapi
1 batang kayu manis
3 biji buah pelaga
2 biji bunga cengkih
1 biji bawang besar - dipotong dadu
3 ulas bawang putih - dipotong dadu
1 batang karot ~ diparut
1 biji buah tomato - dikisar
2 sudu tomato puri
1/2 sudu kecil pewarna kuning (saffron)
1 sudu besar rempah kabsa
1 biji lemon hitam/kering - dicucuk bahagian tengahnya. (aff guna lemon biasa je)
1 biji lada bengala merah (red capsicum) ~ dipotong dadu
1 sudu kecil lada hitam biji/serbuk
2 biji cili merah ~ jgn potong
1/4 cawan kismis (aff tak letak coz anak2 tak suka)
Garam secukup rasa dan gula (kalau suka)

Cara penyediaan:


1. Panaskan minyak dan minyak sapi. Tumiskan kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga, bawang putih dan besar dan goreng sehingga wangi.
2. Masukkan buah tomato, tomato puree, lemon, saffron dan rempah kabsa dan goreng sebentar.
3. Kemudian masukkan ayam dan masak sehingga ayam masak. Tambahkan garam secukup rasa dan juga gula.
4. Masukkan karot, capsicum, cili merah, kismis dan beras. Masukkan air panas secukupnya dan masaklah nasi sehingga masak.
5. Kacau nasi bila nasi betul2 masak, selepas 30 minit supaya nasi tidak hancur.

Sos:

~ Kisarkan tomato, cili besar hijau, batang ketumbar, gula, garam dan perahan lemon kuning. (yg ni aff omit..aff buat acar timun je..)



2 comments:

Ayu said...

Nasi Kabsa, nampak sedap..
bolehlah cuba ni..memang pun kat spore mana nak cari rempah kabsa kan..heheh..thank you for sharing ya..

Aff said...

Betul tu kak ayu..nak cari rempah kabsa ni bukan senang..nasib baik ada blogger yg sudi share resepi ni..kak ayu cubalah ya..hehehe..